Polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

 

Berpandukan kepada peruntukan Seksyen 16, akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia 1994 (Akta 514), Kolej Komuniti Temerloh sentiasa berusaha untuk menyediakan dan memelihara suasana bekerja yang selamat, sihat, bersih dan ceria. Oleh yang demikian, pihak pengurusan Kolej Komuniti Temerloh akan memastikan setiap individu prihatin terhadap kepentingan keselamatan dan kesihatan.

Bagi memenuhi keperluan yang dinyatakan, pihak pengurusan Kolej Komuniti Temerloh telah menggariskan polisi-polisi berikut :

  • Mewujudkan budaya kerja selamat dalam semua aktiviti seharian. Ini dilakukan dengan mewujudkan kawasan dan suasana kerja yang selamat, sihat dan sejahtera serta penyediaan sistem dan peralatan keselamatan yang sesuai.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan tempat, kemudahan, peralatan dan sistem kerja yang menjamin keselamatan dan kesihatan pekerjaan supaya ia tidak menimbulkan bencana keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
  • Menyiasat dan melaporkan semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya serta mengambil langkah-langkah pencegahan ke arah kemalangan sifar.
  • Memupuk kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerjaan kepada warga Kolej Komuniti Temerloh supaya mereka menerima dan mengamalkan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang baik.
  • Merancang dan melaksanakan usaha penambahbaikan secara berterusan.

Semua kakitangan bertanggungjawab untuk merealisasikan budaya kerja selamat dan sihat dengan penuh iltizam.