MAKLUMAT AM

KKTM sebagai penyedia latihan pekerja SKIM BANTUAN LATIHAN (SBL) PSMB (hrdf)

 

Kolej Komuniti Temerloh (KKTM) adalah salah sebuah institusi penyedia latihan( training provider). KKTM juga telah berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) atau HRDF di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM). Dibawah Unit Akademik & Pendidikan berterusan, beberapa latihan (reskilling & upskilling) untuk pekerja telah dibangunkan bagi membantu majikan-majikan mendapatkan latihan pembangunan pekerja.

Oleh itu, program latihan ini berbentuk Skim Bantuan Latihan (SBL), iaitu merupakan skim utama KWPSM. Di bawah skim ini, bantuan kewangan dalam bentuk geran latihan boleh dipertimbangkan bagi semua jenis program latihan yang bersesuaian dengan keperluan majikan yang berdaftar PSMB. Prinsip-prinsip asas bagi skim ini adalah seperti berikut :

  • PSMB memberi geran latihan khusus sebagai insentif untuk majikan-majikan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja yang bersesuaian dan menepati keperluan perniagaan mereka.
  • Geran latihan di bawah KWPSM hanya diberikan bagi latihan berasaskan keperluan majikan untuk memastikan akauntabiliti di tempat kerja. Di bawah Skim SBL, majikan mestilah mengenalpasti latihan yang diperlukan bagi meningkatkan keupayaan pekerja-pekerja mereka dan bertanggungjawab membiayai sepenuhnya program latihan
  • Di bawah Skim SBL kelulusan daripada PSMB mestilah diperolehi terlebih dahulu sebelum latihan dijalankan. Pembayaran balik kos latihan yang dibenarkan adalah berasaskan kadar bantuan kewangan yang ditentukan oleh PSMB dari semasa ke semasa dan pembayarannya adalah berasaskan TUNTUTAN MAJIKAN 

Objektif

Objektif skim ini adalah untuk menggalakan majikan-majikan melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja selaras dengan keperluan perniagaan syarikat mereka

Syarat-Syarat Kelayakan Untuk Majikan-Majikan

Semua majikan yang berdaftar dengan PSMB dan telah membayar levi Pembangunan Sumber Manusia untuk bulan pertama pendaftaran adalah layak memohon geran latihan, tertakluk kepada kadar bantuan kewangan serta terma-terma dan syarat-syarat yang ditentukan oleh PSMB dari semasa ke semasa.

Pertanyaan Lanjut

Hubungi PIC Mohd Nor Hafiz bin Sawandi 092701559 / 0136238175 atau merujuk kepada laman sesawang https://www.hrdf.com.my/

Sumber SBL : https://www.hrdf.com.my/